BAB dipilih secara rawak bagi memudahkan kajian dilakukan

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

3.1)           
KAWASAN KAJIAN

 

Kajian kali ini
telah dilakukan di dua kawasan berasingan mengikut kategori yang dipilih iaitu
kawasan wabak demam denggi dan kawasan bebas wabak demam denggi. Dua kawasan
yang di maksudkan itu adalah Taman Permint Perdana (kawasan wabak demam denggi)
dan Kampung Mengabang telipot (kawasan bebas wabak
demam denggi) di mana kedua dua kawasan ini terletak di dalam daerah Kuala
Nerus. Lokasi ini dipilih untuk melakukan kajian perbandingan mengenai
pengetahuan, sikap dan amalan dengan kehadiran telur nyamuk Aedes yang
seterusnya mampu menyebabkan berlakunya kejadian penyakit demam denggi. Bagi
kawasan Taman Permint Perdana telah berlakunya 2 siri wabak demam denggi pada
tahun 2016 dan bagi kawasan Kampung Mengabang telipot  tidak berlakunya sebarang wabak penyakit demam
denggi sepanjang tahun 2016. Maklumat ini telah diberikan oleh Pejabat
Kesihatan Daerah Kuala Nerus melalui Unit Penyakit Bawaan Vektor. Berikut di
bawah menunjukan peta kawasan kajian ini dijalankan. Gambar rajah 3.1.1 kawasan wabak demam denggi dan gambar rajah 3.1.2 kawasan bebas wabak
demam denggi.

Gambar rajah
3.1.1 : Taman Permint Perdana

Sumber:
https://www.google.com/maps/search/taman+permint+perdana/@5.3480079,103.126361,451m/data=!3m1!1e3

 

 

 

 

                               

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar rajah 3.1.2 : Kampung Mengabang
Telipot

Sumber: https://www.google.com/maps/place/KAMPUNG+MENGABANG+TELIPOT/@5.4257086,103.0639191,17.5z/data=!4m5!3m4!1s0x31b7a4b6c581b871:0xfb8532e225fea1ae!8m2!3d5.4255247!4d103.0637673

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.2)           
ETIKA DAN KEBENARAN KAJIAN

3.3)           
ETIKA
KAJIAN

 

Etika dalam penyelidikan adalah merupakan satu garis panduan untuk melengkapkan setiap kajian
yang akan dilakukan. Setiap penyelidik yang tidak mematuhi setiap etika akan merosakan reputasi penyelidik itu
sendiri. Mematahi
segala etika adalah tanggungjawab bagi setiap penyelidik
dan setiap kegagalan mematuhi etika akan menggugatkan kesalahan dan kebolehpercayaan kajian yang
dijalankan.

 

Kajian ini dilakukan
diatas persetujuan dan kebenaran daripada pihak pihak yang berkaitan
iaitu Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh, Ketua perumahan Taman Permint Perdana dan
Ketua Kampung Mengabang Telipot. Bagi memudahkan urusan di
dalam
kajian ini, satu surat secara bertulis
telah dilakukan daripada pihak saya kepada Ketua perumahan Taman Permint
Perdana dan Ketua Kampung Mengabang Telipot akan diberikan melalui surat rasmi
atau dengan menghubungi pihak yang berkaitan untuk menerangkan tujuan kajian di
jalankan. Kawasan kajian yang dibuat hanyalah
dipilih secara rawak bagi memudahkan kajian dilakukan dan hanya beberapa rumah
tertentu sahaja dipilih.

 

Disamping
itu juga, kami memberitahu kepada penduduk di kedua dua kawasan kajian
mengenai tujuan dan matlamat sebenar mengenai kajian yang di jalankan di dalam
kawasan mereka. Hal ini dilakukan dengan harapan bahawa penduduk di kedua dua
kawasan itu memahami dan memberikan kerjasama yang baik semasa kajian ini dijalankan.
Kerjasama daripada penduduk amat diperlukan kerana mereka sahaja yang
mengetahui mengenai selok belok kawasan mereka tinggal. Segala maklumat
mengenai penduduk di kedua dua kawasan kajian ini akan kami rahsia kan daripada
ia terlepas ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Kajian ini dilakukan
selama satu minggu di kedua dua kawasan yang telah dipilih. Segala peralatan
yang digunakan sebagai instrument kajian ini adalah mendapat kebenaran secara
bertulis daripada pihak yang berkenaan sebelum kajian ini dilaksanakan.

 

3.4)           
REKABENTUK KAJIAN

 

Rekabentuk bagi kajian ini adalah dengan menggunakan
kaedah kajian keratan rentas dimana kajian ini dilakukan bertujuan untuk
menentukan tempat pembiakan nyamuk Aedes bagi dua lokaliti atau kawasan yang berbeza
iaitu kawasan wabak demam denggi dan kawasan bebas wabak demam denggi. Kajian
keratan rentas ini amatlah bersesuaian dengan kajian saya kerana ia tidak perlu
melakukan aktiviti pencerapan data secara ulangan yang diperlukan dalam
menjalankan kajian ini di dua lokaliti yang dibilih iaitu Taman Permint Perdana
(kawasan wabak demam denggi) dan Kampung Mengabang Telipot (kawasan bebas wabak
demam denggi) dibuat hanya sekali sahaja bagi setiap kawasan.

 

Selain itu, kajian ini juga melibatkan perbandingan
bagi kawasan wabak demam denggi dan kawasan bebas wabak demam denggi. Definisi
bagi wabak demam denggi ialah terdapat dua atau lebih bilangan kes denggi yang
berlaku dalam kawasan 200 meter radius dari kes indeks dalam tempoh 14 hari
dari tarikh terakhir notifikasi kes demam denggi. Manakala bagi definisi bebas
wabak demam denggi pula ialah hanya terdapat satu kes demam denggi sahaja di
suatu lokaliti  dan telah di isytiharkan
bebas wabak oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus.

 

Disamping itu, , pendekatan secara
kualitatif mampu mengukur reaksi dan tindak balas responden terhadap borang
soal selidik dan dapat menganalisis masalah yang dikaji dengan ringkas dan
tepat. Ini kerana data kualitatif adalah sistematik, piawai, mudah dianalisis
dan dibuat dalam masa yang tidak terlalu lama. Kajian ini dijalankan untuk
mengetahui pengetahuan, sikap dan amalan terhadap kehadiran telur nyamuk Aedes
bagi dua lokaliti berbeza iaitu kawasan wabak demam denggi (Taman Permint
Perdana) dan kawasan bebas wabak demam denggi (Kampung Mengabang Telipot).

 

 

 

 

3.5)          
PERSAMPELAN

 

3.4.1)   POPULASI
KAJIAN

 

Populasi
kajian bagi setiap kawasan telah ditentukan dengan memperoleh jumlah bilangan
rumah di kedua dua kawasan yang telah dipilih. Hanyan satu kawasan yang
dikenalpasti sebagai kawasan wabak demam denggi iaitu Taman Permint Perdana
yang terletak di dalam kawasan Daerah Kuala Terengganu. Bilangan rumah yang
terdapat di dalam Taman Permint Perdana ini ialah sebanyak 90 buah rumah sahaja.
Manakal bagi kawasan bebas wabak demam denggi punya iaitu Kampung Mengabang
Telipot hang memilik sebanyak 114 buah rumah sahaja. Maklumat ini diperolehi
daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus.

 

3.4.2)   KAEDAH
PERSAMPELAN

 

Kajian
ini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kaedah ini digunakan bagi
memastikan setiap rumah mempunyai peluang sama rata untuk menjalankan aktiviti
sepanjang kajian. Dalam persampelan ini juga adalah untuk mengaitkan
pengetahuan, sikap dan amalan terhadapa kehadiran telur nyamuk Aedes yang
terdapat di dua kawasan yang telah dipilih oleh pengkaji. Sebelum bekas ovitrap
diletakan, pengkaji perlu mengedarkan borang soal selidik kepada responden yang
dipih secara rawak untuk mendapatkan data demografi mereka, pengetahuan, sikap
dan amalan mereka juga terhadap penyakit demam denggi.

 

Seterusnya,
bekas ovitrap digunakan untuk menentukan kehadiran telur nyamuk Aedes bagi
kedua dua kawasan yang telah dipilih. Setiap kawasan yang dipilih mestilah
diletakan sebanyak 30 bekas ovitrap dan perletakan bekas ini mestilah secara
rawak. Kawasan yang sesuai untuk meletakan bekas ovitrap ini ialah kawasan yang
mempunyai tanah yang rata, terlindung daripada sinaran matahari dan hujan serta
terhindar dari gangguan haiwan.

 

3.4.3)   RANGKA PERSAMPELAN

 

Pemilihan sampel dan lokasi kajian

Proses pengumpulan data kajian

Penggunaan ovitrap untuk mengetahui
kehadiran telur nyamuk Aedes di kedua dua kawasan kajian

Menggunakan borang soal selidik untuk
menguji tahap pengetahuan, sikap dan amalan terhadap demam denggi

Pembolehubah tak bersandar

Pembolehubah bersandar

Analisis data kajian

Keputusan kajian

Perbandingan kawasan wabak dan
kawasan bebas wabak demam denggi

Kesimpulan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.4.4)   SAMPEL KAJIAN

 

Sampel
kajian ialah sesuatu yang dipilih dalam suatu kajian bagi mewakili sesuatu
populasi di kawasan Taman Permint Perdana dan Kampung Mengabang Telipot dimana
kawasan ini dipilih berdasarkan kejadian penyakit demam denggi yang pernah
berlaku di kawasan itu. Ukurannya adalah kecil jika dibandingkan dengan
populasi. Cara pengambilan data akan dilakukan dengan menggunakan borang soal
selidik untuk mengetahui tahap pengetahuan, sikap, dan amalan penduduk
tersebut. Sampel kajian bagi kajian ini terdiri daripada dua buah kawasan yang
telah dipilih iaitu Taman Permint Perdana dan Kampung Mengabang Telipot yang
masing-masing mempunyai bilangan rumah 90 dan 114 buah rumah.

 

3.4.5)   PENGIRAAN
SAIZ SAMPEL

 

Bilangan sampel yang dikira adalah menggunakan formula
yang telah diperkenalkan oleh Krejcie & Morgan. Jadual purata saiz sampel
berdasarkan populasi turut dirujuk bagi mengukuhkan proses pengiraan saiz
sampel (Krejcie & Morgan,
1970).
Berikut adalah formula pengiraan saiz sampel kajian.

 

S = saiz sampel
yang diperlukan

N = saiz populasi
yang dikenalpasti

P = perkadaran
populasi diandaikan 0.5 kerana magnitude ini akan menghasilkan saiz sampel yang
maksimum.

d = darjah
ketetapan yang maksimum.

X2 = nilai khi
kuasa dua daripada jadual pada rajah kebebasan 1 iaitu 3.841

 

 

 

 

3.6)           
PERALATAN DAN KAEDAH

 

3.6.1)   BORANG
SOAL SELIDIK

 

Dalam menjalankan kajian ini, kaedah soal selidik akan
digunakan sebagai borang soal selidik dengan mengambil maklumat asa demografi
responden serta mendapatkan tahap pengetahuan, sikap dan amalan responden
terhadap penyakit demam denggi. Borang yang digunakan berdasarkan kajian lepas
yang telah dibuat oleh pengkaji daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (Cawangan Penyakit
Bawaan Vektor Bahagian Kawalan Penyakit, 2005)

 

3.6.2)   BORANG
KAJIAN AEDES SURVEY

 

Borang
kajian Aedes survey ini akan digunakan dalam kajian ini untuk memudahkan
membuat pengiraan Aedes Index dan Breateau Index dikawasan rumah penduduk bagi
kedua dua kawasan yang di kaji oleh pengkaji. Antara langkah langkah yang perlu
dilakukan dalam menggunakan borang ini ialah :-

 

·        
Setibanya di
lapangan, isi maklumat asas kawasan tersebut seperti Daerah, Sektor, Lokaliti,
Nama Pegawai Pemeriksa, Nama Pembantu Pegawai Pemeriksa, Blok / Jalan / Lorong
dan tarikh beserta masa pemeriksaan dilakukan.

·        
Semasa aktiviti
Pemusnahan Tempat Pembiakan dijalankan, pastikan nombor lot tanah direkodkan
dalam borang tersebut. Jika nombor lot tanah tidak dapat diperolehi, gantikan
dengan nombor rumah berdasarkan alamat pemilik premis.

·        
Pastikan setiap
nama orang yang ditemui dan dikenalpasti sebagai pemilik premis direkodkan
dalam ruangan Nama Orang Yang Ditemui.

·        
Kenalpasti jenis
premis yang diperiksa, bilangan penghuni dan rekodkan dalam borang serta
pastikan ruangan jenis pemeriksaan ditandakan bagi dalam bangunan jika ada.

·        
Tandakan sama ada
aktiviti  Pemusnahan Tempat Pembiakan
dilakukan di dalam rumah atau diluar rumah atau kedua duanya sekali.

·        
Bagi premis yang
tidak dapat melakukan pemeriksaan, tandakan ruangan samada pemilik enggan
memberi kerjasama, premis tutup atau kosong dan lain lain. Nyatakan sebab lain
lain di ruangan borang tersebut.

·        
Semasa Pemusnahan
Tempat Pembiakan dijalankan, catatkan segala maklumat penemuan yang ditemui
seperti bilangan bekas yang ditemui, bilangan bekas positif bagi luar dan dalam
premis serta nyatakan jenis bekas yang ditemui.

·        
Setiap bekas yang
ditemui akan diambil tindakan samada ia dimusnahkan, dikenakan kompaun atau
hanya diberikan notis di bawah Seksyen 8 (Akta Pemusnahan Serangga Pembawa
Penyakit 1975 pindaan 2000 ).

 

3.6.3)   OVITRAP

 

Ovitrap digunakan untuk mengesan kehadiran telur
nyamuk Aedes di suatu kawasan. Persampelan menggunakan bekas ovitrap ini
dilakukan hanya sekali dalam masa satu minggu bagi kedua dua kawasan yang akan
dikaji. Persampelan ini hanya menggunkan 30 unit ovitrap yang diletakan di
stesen stesen yang telah ditetapkan secara rawak. Maksudnya setiap kawasan yang
hendak dikaji mestilah mempunyai 30 unit ovitrap dan jumlah keseluruhan ovitrap
yang digunakan adalah 60 unit. Bekas ovitrap ini mestilah disarungkan dengan
warna hitam dan ditambah air jernih di dalamnya. Selepas enam ke tujuh hari
dibiarkan, kesemua bekas ovitrap dikutip dan di bawa ke makmal untuk proses
pengecaman telur nyamul. Kaedah ini amatlah penting (MAZRURA SAHANI &
NADIA ATIQAH MOHD. NOR, ROZITA HOD, ZAINUDIN MOHD. ALI, 2012). Gambar rajah
3.5.3 dibawah menunjukan bekas ovitrap yang dignakan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar rajah 3.5.3
: Bekas ovitrap yang digunakan.

Sumber : http://eaglemedicalservicesllc.com/zika-cdc-ovitrap/

 

 

3.6.2)   PROSEDUR
PENGGUNAAN OVITRAP

 

v    Bersihkan
bekas ovitrap dengan menggunakan span lembut manakala lekatkan white tape dan
tudung dibersihkan dengan berus tanpa menggunakan sabun.

v    Tuangkan
air yang telah dibiarkan selama 24 jam pada suhu bilik ke dalam bekas ovitrap
sehingga separuh penuh dan masukkan vecto bac 
kedalam bekas ovitrap.

v    Pastikan
semua barang yang di perlukan untuk memasang ovitrapdisediakan.

v    Sediakan
borang kajian.

v    Pergi
ke lapangan atau premis yang sesuai untuk memasang ovitrap.

v    Memperkenalkan
diri kepada tuan rumah dan nyatakan tujuan kedatangan adalah untuk membuat
kajian nyamuk serta terangkan tujuan kajian dijalankan.

v    Minta
izin daripada tuan rumah untuk memasang ovitrapdi dalam dan di luar premis.

v    Pilih
tempat yang sesuai untuk memasang ovitrap seperti :-  

                                                   
I.         
tempat terlindung daripada cahaya
matahari.

                                                 
II.        
bebas daripada gangguan manusia atau pun
haiwan.

                                              
III.         
diletak pada permukaan rata atau pada
paras tanah.

v    Bagi
kawasan dalam rumah, letakkan satu bekas ovitrap di bawah almari manakala bagi
kawasan luar rumah letakkkan satu bekas di tempat yang redup.

v    Tinggalkan
ovitrap ditempat tersebut selama 7 hari.

v    Selepas
3 hari ambil bekas ovitrap tersebut dan tuangkan ke dalam beg polythene.

v    Labelkan
beg tersebut.

v    Kenalpasti
larva yang dijumpai dengan menggunakan mikroskop.

v    Kira
indeks aedes.

Indeks ovitrap = bil.ovitrap
yang ada jentik-jentik   x  100%

Bil.ovitrap diperiksa

v    Catatkan
semua maklumat ke dalam borang kajian ovitrap.

v    Bersihkan
bekas ovitrap di bahagian luar dan dalam dengan span.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.7)           
KAEDAH PENGUMPULAN DATA DAN PENGUKURAN

 

3.7.1)   BORANG
SOAL SELIDIK

 

Dalam menjalankan kajian
ini kaedah soalkaji selidik akan digunakan menggunakan borang soalselidik
dengan mengambil maklumat mengenai tahap pengetahuan, sikap, dan amalan
penduduk di kawasan bebas wabak demam denggi dan wabak demam denggi.

 

3.7.2)   AKTIVITI
PEMUSNAHAN TEMPAT PEMBIAKAN

 

Aktiviti pengumpulan data yang dijalankan ini akan
bermula pada jam 8.00 pagi sehingga pada jam 12.00 tengah hari. Manakala, pada
sebelah petang pula iaitu pada jam 2.00 petang hingga 6.00 petang akan
dijalankan juga aktiviti ini bagi memeriksa rumah yang tidak diperiksa pada
sebelah pagii. Waktu siang adalah keadaan yang sesuai untuk melakukan aktivti
ini kerana ia memudahkan proses mencari tempat pembiakan lebih lebih lagi bagi
keadaan yang sukar untuk dilihat pada waktu malam. Setiap bekas yang mempunyai
takungan air diperiksa dan dikelaskan mengikut jenis bekas tersebut.

 

3.7.3)   PEMASANGAN OVITRAP

 

Bekas ovitrap ini mestilah disarungkan dengan warna
hitam dan ditambah air jernih di dalamnya. Selepas enam ke tujuh hari dibiarkan,
kesemua bekas ovitrap dikutip dan di bawa ke makmal untuk proses pengecaman
telur nyamuk di bawah pengendalian mikroskop. (MAZRURA SAHANI &
NADIA ATIQAH MOHD. NOR, ROZITA HOD, ZAINUDIN MOHD. ALI, 2012).

 

 

 

 

 

 

 

3.8)           
KAEDAH STATISTIK

 

Set borang soal selidik dan jumlah telur yang telah
diperoleh sepanjang kajian ini akan dikumpulkan dan direkodkan. Data data yang
diperoleh akan dilakukan proses analisis dengan menggunakan Program Microsoft
word, Microsoft Excel dan SPSS (The Statistical Package for Social
Sciences) bagi memudahkan proses menginterprestasi data yang telah diperoleh
sepanjang kajian ini dilakukan. Seterusnya, aplikasi SPSS ini juga membantu
untuk menentukan kesahihan kutipan data yang dilakukan. Semua maklumat yang
dikutip akan dianalisis menggunakan SPSS Statistik Versi 21.

 

3.9)           
KAWALAN
KUALITI

 

Untuk memastikan kajian ini terpelihara
dan berkualiti untuk panduan yang akan datang, alat yang digunakan adalah alat
khas untuk mengukur bilangan telur iaitu ovitrap yang digunakan oleh semua
Pejabat Kesihatan Daerah Nerus. Penggunaan alat ini juga akan diselia oleh
pegawai-pegawai yang berkelayakan supaya data yang diperolehi adalah sangat
tepat. Akhir sekali ialah penggunaan borang soal selidik dengan memilih sampel
secara rawak mudah untuk mengelakkan ketidakadilan semasa menjalankan
penyelidikan. Untuk menjalankan kajian ini juga perlulah meminta kebenaran
kepada pengerusi kawasan bagi mendapatkan kelulusan kebenaran. Segala maklumat
yang diperoleh akan disimpan sebagai rahsia kajian sebagai mana mematuhi etika
kajian yang dijalankan.

 

x

Hi!
I'm Isaac!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out